Wednesday, November 30, 2011

luahan hati

hye dah lame amy nak kongsi ngan korang. sebenarnya amy teringin nak jadi player football seperti Safee Sali, Khairul Fahmi dan Safiq Rahim. tapi amy takut nak pergi selection. time sekolah dulu paling last selection time form 3 itu pun terkandas. amy minat main striker sebab amy suke menjaringkan gol. sape yang tak nak gol kan.. hehe.. so amy ade gak usha-usha dekat fb mencari group2 persatuan bolasepak negeri dan kelab dari liga super, liga premier dan liga FAM pon amy cari. selection untuk bawah 21 adalah.. umur amy pon dah nak masuk 24. so sukar la amy nak try gi selection kat sane. Amy try usha KL, Pos Malaysia dan Rapid KL.

itu je la amy nak bercerita.

Sunday, November 27, 2011

Malaysia vs Bahrain


MALAYSIA 2-3 BAHRAIN

dah leading 2-0 bahrain men 10 orang pon malaysia tak boleh menang jugak. walaupun amy peminat harimau malaya, "tanah tumpah darahku" tetap berada didalam darah amy yang mengalir di tubuh ini. dengan semangat dan harapan amy sebagai penyokong supaya Malaysia layak ke Olimpik 2012 pada mulanya berkobar-kobar tetapi apabila game yang di kuasai oleh pasukan bahrain dengan kerapuhan benteng yang pada mulanya teguh mengekang asakan pasukan lawan tiba-tiba di bolosi 3.

pada awalnya Malaysia menjaringkan gol melalui goal superb nazmi faiz pada babak pertama. dan pada masa kedua mahali menjaringkan unbeliveable goal untuk pasukan Malaysia mendahului. pasukan bahrain bermain 10 orang apabila salah seorang pemain mereka di kenakan kad merah apabila melakukan terjahan keras kepada pemain malaysia. di minit ke 80, pemain malaysia tiba-tiba hilang arah dan tekanan mungkin salah satu puncanya dan mungkin pemilihan player simpanan yang kurang pengalaman atau tiada keyakinan diri, keserasian 1st team dan reserve team tidak berkomunikasi dengan baik menyebabkan pasukan bahrain mengambil kesempatan tersebut.

Selepas game tersebut, Ong Kim Swee perlu membuat "post mortem" terhadap team Malaysia. saya sebahagian penyokong Malaysia amat berharap kualiti permainan Malaysia dipertingkat lagi..


Pendapat Amy:

Goal Keeper:
Khairul Fahmi menjalankan tugasnya dengan baik sekali mengawal gawang.

Defender:

Pada Awalnya pertahan Malaysia mengawal benteng sangat dengan cemerlang. minit ke-80 mereka longgar mengawal pihak lawan. dan salah satu punca Muslim tidak beraksi game tersebut.

Midfield:

beraksi baik. tetapi irfan terhincut-hincut di padang, dan tidak di tukarkan. Sebaliknya nazmi ditukarkan dan hafizi. pasukan bahrain membuat serangan balas yang pantas. subtitute (wan zack haikal- syarul azwari, nazmi-danial farris dan irfan-shukor) tidak memberi impak terhadap team malaysia.

Striker:

Thamil Arasu tidak memberikan impak sebagai seorang penyerang berbisa.




Saturday, November 26, 2011

assalamualaikum

assalamualaikum, arini amy ikut papa gi workshop untuk servis kereta. lama jugak la servis kereta, lepas itu ade seorang kawan msj amy. amy sebenarnya bukan tak mau melayan dia, tetapi pemikiran amy ngan die berlainan sangat. mungkin ade pembezaan pendapat antara amy dengan die. yela bile die mesej yang die x berape suke tempat kerja baru die, amy bagi lah pendapat supaya die cari keje lain. so disitu kitorang dah berbeza pendapat. amy taulah pengalaman kerja amy ngan die, die lebih banyak pengalaman. so die nak bangkang pendapat amy. so, amy tak leh buat ape la, malas la layan perangai die.
dah lame amy cube tahun 2008 amy try lost contact ngan die tapi, tak boleh coz kawan kan. so, amy contact ngan die. ingat kan dah berubah, sama jugak perangai yang ala-ala macam dah matang. tak pela amy kawan je ngan die. jap tadi die msj amy gi karok, tapi amy malas la nak pi. lagipun amy tak de duit.. lepastu amy bagi alasan la yang tekak amy sakit. tp die kate tak pela.. die pon ade cite2 yang die nak capai. so, aku harap ko capai la impian ko tu. aku doakan ko berjaya dan menggapai impian tersebut.

Friday, November 25, 2011

jadi driver la pulak



assalamualaikum hari ini amy jadi driver mama n papa. papa nak gi amik ubat di hospital serdang. bile nak pegi ke sana amy pilih kelisa x mau naik gen 2, takut kete besa.. hehehe.. mula jadi driver papa n mama cuak jugak la.. sebab tak pernah bawak mereka naik kerete. sebab nanti diorang membebel. tapi alhamdulillah, mama n papa x comment pape pon sepanjang perjalanan tu. lepas dah amik ubat di hospital serdang, kitorang gi bangi makan di restoran "Mohd Chan". Amy order nasi ayam bbq, mama makan nasi ayam mohd chan dan papa tak makan. sebab baru baik demam. lepas habis makan, kitorang pon gerak balik nilai.

Kakak saudara offer keje part time kat office die.

tadi kakak saudare mesej die offer amy keje part time kat office die di PJ. Mase tu amy ngah drive balik, die anta text msj kat amy. walaupun luar bidang dalam apa yang amy belajar. amy rasa amy perlu ambil peluang ini. untuk menampung kewangan amy. takkan nak mengharapkan duit "FAMA" je.. hehe.. Amy kene kuat la semangat menempuhi alam pekerjaan ini. dan mengisi masa lapang time cuti ni.. hehehe.. harap dapat la keje tu. lagipun mama n papa dah support amy. cume masalahnya kalau amy dapat keje di situ amy nak dok mane kan? nampak gayanya kene ulang alik la... hehee ok la sampai sini je la amy nak luahkan.. ok bye bye...

Thursday, November 24, 2011

syukur alhamdulillah kucing saya dah balik umah.. selepas 2 hari die hilang.
amy ade jugak mencari 1 taman perumahan tu.. tak jumpe.. pagi tadi pon amy cari jugak tapi tak jumpe-jumpe.
tengah hari tadi, time adik amy nak kuar, amy cek la kat longkang, dari jauh amy ingat bangkai kucing, tapi sebaliknya. amy pon patah balik ke rumah amy, amy terdengar bunyi cam kucing korek tanah lepas buang air, amy toleh je rupe-rupenye Canot. bergegas amy bawak die masok tunjukkan kat mama.. mama peluk cium die.. lepas tu amy letak dalam sangkar bagi die makan dan minum. syukur alhamdulillah die selamat, walaupun die macam lemah sikit. nanti amy bawk die gi veterinar untuk membuat check.. ok la sampai sini je la amy nak tulis. nak tau camne rupe canot.. nanti amy tunjukkan... hehehe



ni time die kecik2.. skrg dah beso...