Wednesday, November 30, 2011

luahan hati

hye dah lame amy nak kongsi ngan korang. sebenarnya amy teringin nak jadi player football seperti Safee Sali, Khairul Fahmi dan Safiq Rahim. tapi amy takut nak pergi selection. time sekolah dulu paling last selection time form 3 itu pun terkandas. amy minat main striker sebab amy suke menjaringkan gol. sape yang tak nak gol kan.. hehe.. so amy ade gak usha-usha dekat fb mencari group2 persatuan bolasepak negeri dan kelab dari liga super, liga premier dan liga FAM pon amy cari. selection untuk bawah 21 adalah.. umur amy pon dah nak masuk 24. so sukar la amy nak try gi selection kat sane. Amy try usha KL, Pos Malaysia dan Rapid KL.

itu je la amy nak bercerita.

Sunday, November 27, 2011

Malaysia vs Bahrain


MALAYSIA 2-3 BAHRAIN

dah leading 2-0 bahrain men 10 orang pon malaysia tak boleh menang jugak. walaupun amy peminat harimau malaya, "tanah tumpah darahku" tetap berada didalam darah amy yang mengalir di tubuh ini. dengan semangat dan harapan amy sebagai penyokong supaya Malaysia layak ke Olimpik 2012 pada mulanya berkobar-kobar tetapi apabila game yang di kuasai oleh pasukan bahrain dengan kerapuhan benteng yang pada mulanya teguh mengekang asakan pasukan lawan tiba-tiba di bolosi 3.

pada awalnya Malaysia menjaringkan gol melalui goal superb nazmi faiz pada babak pertama. dan pada masa kedua mahali menjaringkan unbeliveable goal untuk pasukan Malaysia mendahului. pasukan bahrain bermain 10 orang apabila salah seorang pemain mereka di kenakan kad merah apabila melakukan terjahan keras kepada pemain malaysia. di minit ke 80, pemain malaysia tiba-tiba hilang arah dan tekanan mungkin salah satu puncanya dan mungkin pemilihan player simpanan yang kurang pengalaman atau tiada keyakinan diri, keserasian 1st team dan reserve team tidak berkomunikasi dengan baik menyebabkan pasukan bahrain mengambil kesempatan tersebut.

Selepas game tersebut, Ong Kim Swee perlu membuat "post mortem" terhadap team Malaysia. saya sebahagian penyokong Malaysia amat berharap kualiti permainan Malaysia dipertingkat lagi..


Pendapat Amy:

Goal Keeper:
Khairul Fahmi menjalankan tugasnya dengan baik sekali mengawal gawang.

Defender:

Pada Awalnya pertahan Malaysia mengawal benteng sangat dengan cemerlang. minit ke-80 mereka longgar mengawal pihak lawan. dan salah satu punca Muslim tidak beraksi game tersebut.

Midfield:

beraksi baik. tetapi irfan terhincut-hincut di padang, dan tidak di tukarkan. Sebaliknya nazmi ditukarkan dan hafizi. pasukan bahrain membuat serangan balas yang pantas. subtitute (wan zack haikal- syarul azwari, nazmi-danial farris dan irfan-shukor) tidak memberi impak terhadap team malaysia.

Striker:

Thamil Arasu tidak memberikan impak sebagai seorang penyerang berbisa.




Saturday, November 26, 2011

assalamualaikum

assalamualaikum, arini amy ikut papa gi workshop untuk servis kereta. lama jugak la servis kereta, lepas itu ade seorang kawan msj amy. amy sebenarnya bukan tak mau melayan dia, tetapi pemikiran amy ngan die berlainan sangat. mungkin ade pembezaan pendapat antara amy dengan die. yela bile die mesej yang die x berape suke tempat kerja baru die, amy bagi lah pendapat supaya die cari keje lain. so disitu kitorang dah berbeza pendapat. amy taulah pengalaman kerja amy ngan die, die lebih banyak pengalaman. so die nak bangkang pendapat amy. so, amy tak leh buat ape la, malas la layan perangai die.
dah lame amy cube tahun 2008 amy try lost contact ngan die tapi, tak boleh coz kawan kan. so, amy contact ngan die. ingat kan dah berubah, sama jugak perangai yang ala-ala macam dah matang. tak pela amy kawan je ngan die. jap tadi die msj amy gi karok, tapi amy malas la nak pi. lagipun amy tak de duit.. lepastu amy bagi alasan la yang tekak amy sakit. tp die kate tak pela.. die pon ade cite2 yang die nak capai. so, aku harap ko capai la impian ko tu. aku doakan ko berjaya dan menggapai impian tersebut.

Friday, November 25, 2011

jadi driver la pulak



assalamualaikum hari ini amy jadi driver mama n papa. papa nak gi amik ubat di hospital serdang. bile nak pegi ke sana amy pilih kelisa x mau naik gen 2, takut kete besa.. hehehe.. mula jadi driver papa n mama cuak jugak la.. sebab tak pernah bawak mereka naik kerete. sebab nanti diorang membebel. tapi alhamdulillah, mama n papa x comment pape pon sepanjang perjalanan tu. lepas dah amik ubat di hospital serdang, kitorang gi bangi makan di restoran "Mohd Chan". Amy order nasi ayam bbq, mama makan nasi ayam mohd chan dan papa tak makan. sebab baru baik demam. lepas habis makan, kitorang pon gerak balik nilai.

Kakak saudara offer keje part time kat office die.

tadi kakak saudare mesej die offer amy keje part time kat office die di PJ. Mase tu amy ngah drive balik, die anta text msj kat amy. walaupun luar bidang dalam apa yang amy belajar. amy rasa amy perlu ambil peluang ini. untuk menampung kewangan amy. takkan nak mengharapkan duit "FAMA" je.. hehe.. Amy kene kuat la semangat menempuhi alam pekerjaan ini. dan mengisi masa lapang time cuti ni.. hehehe.. harap dapat la keje tu. lagipun mama n papa dah support amy. cume masalahnya kalau amy dapat keje di situ amy nak dok mane kan? nampak gayanya kene ulang alik la... hehee ok la sampai sini je la amy nak luahkan.. ok bye bye...

Thursday, November 24, 2011

syukur alhamdulillah kucing saya dah balik umah.. selepas 2 hari die hilang.
amy ade jugak mencari 1 taman perumahan tu.. tak jumpe.. pagi tadi pon amy cari jugak tapi tak jumpe-jumpe.
tengah hari tadi, time adik amy nak kuar, amy cek la kat longkang, dari jauh amy ingat bangkai kucing, tapi sebaliknya. amy pon patah balik ke rumah amy, amy terdengar bunyi cam kucing korek tanah lepas buang air, amy toleh je rupe-rupenye Canot. bergegas amy bawak die masok tunjukkan kat mama.. mama peluk cium die.. lepas tu amy letak dalam sangkar bagi die makan dan minum. syukur alhamdulillah die selamat, walaupun die macam lemah sikit. nanti amy bawk die gi veterinar untuk membuat check.. ok la sampai sini je la amy nak tulis. nak tau camne rupe canot.. nanti amy tunjukkan... hehehe



ni time die kecik2.. skrg dah beso...

Wednesday, November 23, 2011

nak terima offer tu ke?

hye sume. boring la arini.. Amy pon tatau nape. tadi mama ada offer amy jadi tukang masak di rumah la. gaji nye di beri kan sebulan Rm?? ehem.. ehem.. ade lah. hehehe. itu la, amy ngah fikir nak terime ke tidak.. plan amy time cuti ni nak wat part time. adoi! ngah fikir ni.. erm camne erk?? nak terime tawaran tu ke tidak??? nanti amy fikir sedalam-dalamnye..

nak carik part time

cuti 3 bulan, nak wat ape ni? nak carik part time ngah tunggu abang carik umah... huhu.. bosan tahap gaban ni.. hehehe

Monday, November 21, 2011

malaysia menang!

Yeay!!! akhirnya sang harimau dapat mempertahankan pingat emas buat kali ke-6. mengalahkan sang garuda dengan penalti 4-3. sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1.. Tahniah Malaysia!!!

present sudah abis

assalamualaikum..

hari ini amy present, cuak jugak la tadi. mmg tak ingat apela ingat present je.. amy gerak awal dengan harapan leh lah present awl. amy sampai dalam kul 12.45 tengah hari. tunggu di bilik mesyuarat pada pukul 1 tak de pon chef yg interview muncul. lepas tu dtg lah chef dua org, ingat kan 1st come 1st serve. tp kene ikot list name. erm xpe lah amy tunggu. tibe2 ade lagi 2 org lect dtg di dalam bilik lagi 1, gemuruh jiwa la amy time tu. lepas tu die panggil ahmad, amy time tu nak bangun da rupe2 nye ahmad lain. lame jugak tunggu, tibe2 dengar org panggil nama amy, amy pon pergi dengan rase gemuruh.

Sampai di dalam bilik tu, amy bagi buku log dan buku report berserta dengan kertas penilaian. tergagap jugak la amy di dalam sane. lepas ade org menyibuk time amy presentation. 2 kali diorang masuk, terganggu jugak la amy time tu. alhamdulillah berakhir jugak presentation amy time tu.

thanks to my friend and family dan tidak lupe kepada bi saya iaitu lanie luvoppa memberi sokongan kepada amy. esok bi saya pulak present.. good luck bi!!

Sunday, November 20, 2011

Arini present

adoi! arini amy present lak.. cuak gi le!!!

MFZ

assalamualaikum,
tadi amy gi pembukaan kedai abang sedare di Puncak Jalil, ade perasmian pembukaan kedainya. Nama kedainya adalah MFZ. die menjual makanan seperti keropok, sotong, sos cili, keropok lekor dan sebagainya. mai la dtg di sana..!

Saturday, November 19, 2011

21 November 2011

Final Score

Indonesia 2-0 Vietnam

Indonesia akan bertemu Malaysia pada 21. 11.2011

Perlawanan Ulangan!!

Go Malaysia!!!!!

Malaysia Layak ke final buat kali ke-2 di sea games

Nilai- 19 November 2011

Malaysia telah melayakkan diri ke perlawanan akhir apabila mengalahkan pasukan yang tidak kurang hebatnya iaitu Myanmar dengan keputusannya memihak kepada pasukan Malaysia iaitu 1-0. Hasil jaringan pemain jersi no. 13 iaitu Fakri Saarani.

Pada awalnya pasukan Myanmar memberi tentangan sengit kepada pasukan negara, mereka melakukan serangan balas bertubi-tubi ke kawasan Malaysia,dengan kemantapan pertahan Malaysia yang dapat mengekang asakan dari pihak lawan.

Gol yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia pada minit ke 84 telah menjelma, hasil hantaran izzaq faris terbias ke kaki irfan, dan fakri merembat masuk gol yang dinanti-nanti kan. akhirnya malaysia dapat bertahan sampai la wisel penamat.

Malaysia akan bertemu di final antara pasukan tuan rumah Indonesia ataupun Vietnam.

-Sekian-

Wednesday, November 16, 2011

Sayang..

sayang, oppa mintak maaf kalau oppa termarah bi tadi.. oppa tak sengaja.. maybe tekanan buat buku log dan presentation yang akan berlangsung tak lame lagi. bi oppa mintak maaf kat sayang. oppa akan memperbetulkan kesilapan oppa tu. oppa tak mau kehilangan awak sayang. tadi oppa belikan ice cream magnum untuk bi. oppa tau bi memang nak sangat makan ice cream magnum tu. aritu oppa tak de duit. bile duit elaun dah masok, oppa belikan juga untuk bi bila oppa berhenti di stesyen minyak untuk mengisi minyak keta tadi. hehe seronok tgk awak mamam magnum tu, walaupun awak ajak saya makan, time tu saya ngah drive. tp saya terima pelawaan awak tu, walaupun makan yang coklat je, yang bahagian dalam tu oppa tak mamam pun. tapi dapat jugak.. hehe walaupun time tu tengah hujan.. memang terbaik la.. hehhe.. ok la sampai sini je oppa nak tulis kat bi yang oppa sayang. i love u sayang..

Monday, November 14, 2011

Jatuh

aku dapat rasakan yang aku mood aku nak main futsal betul2 jatuh. aku rasa cam feel nak menjiwai aku men futsal x ade langsung. aku rasa tak yakin pada diri aku nak bermain futsal. kekadang pon fedup jugak dengan prestasi aku. suasana bersama kawan-kawan pon aku rase cam terasing dengan team ni. malas la nak fikir hal remeh ni.. baik aku fikirkan camne nak wat presentation