Monday, October 3, 2011

Kunak Part 3

Hari terakhir kami di Kunak

Amy terjaga dari tidur, bunyi ketukan pintu puku 6.30 pagi, kakak amy dan kawannya akan bergerak ke Sampoerna. Hari terakhir kami di Kunak, kami pergi breakfirst terlebih dahulu untuk mengisi perut.

Selepas itu kami plan nak pergi ke Bandar Kunak mempunyai Pasar di sana. Kami menaiki “kereta sapu”. Pergi ke sana, kami hanya di caj sebanyak rm 2 sekepala. Di Kunak ini kami x Nampak 1 pun kete warna merah putih (teksi), mereka menggunakan kereta seperti kancil atau pun saga sahaja.

Selepas sampai disana, kami pon berjalan ke pasar tersebut. Kami x banyak beli barang kat sana. Hanya membeli ikan bilis, udang kering dan sotong kering. Selepas itu kami pon kembali ke hotel. 2 bilik dah check out. 1 bilik lagi papa extend sampai kul 4. Kami pon pindah barang2 dan berkumpul di bilik lagi satu, abang kami datang ke hotel tersebut. Selang beberapa minit mertua die pon datang.

Kami pon check out hotel tersebut awal sedikit. Dan menaiki 4wd pergi ke terminal tawau. Kami ucapkan terima kasih kepada mereka yang menolong kami ketika kami berada di Kunak ini. Flight kami berlepas pada pukul 6.55 ptg, selamat sampai di LCCT pada pukul 9.30 malam. Kami menaiki van menghantar kami pulang kerumah..

Kunak Part 2

1 Oktober 2011

Hari pertama di Kunak. Kami bangun pagi pada pukul 6.30 pg, selalu kalau jam begitu di semenanjung gelap lagi, tapi di Sabah terang macam pukul 7 pagi waktu semenanjung. Amy ingat kan kene gi rumah pengantin pukul 7.30 pagi rupe2 nya pukul 8.30 pagi.

Tak nak membazirkan masa di sana, kami pergi sarapan di area berdekatan dengan hotel kami. Nama restoran tu ada “Toko Aminah”. Amy order Teh Nai Peng (Teh Ais) dan Nasi Goreng kot.. lupe la. Hahaaha.. Lepas tu kami pon pulang ke hotel.

Selepas breakfirst, mama hendak menyiapkan barang hantaran yang belum lengkap. Kami pula menyiapkan pakaian masing. Kami berangkat ke sana dalam pukul 12.30 tgh hari. Kenderaan telah di sediakan oleh pihak pengantin perempuan. Barang2 hantaran di letakkan di tempat yang selamat untuk di bawa ke “rumah” pengantin lelaki.

Selepas itu kami di bawa ke dewan untuk majlis2 makan2. Selepas makan kami di bawa ke rumah pengantin lelaki semula. Papa dan mama berbincang ngan tok imam dan saudara mara belah pengantin perempuan ttg mas kahwin dan sebagainya. Selepas itu pada pukul 2 ptg kami bergerak bersama rombongan pengantin lelaki ke surau untuk upacara akad nikah.

Setibanya rombongan pengantin lelaki bersama membawa 9 dulang hantaran kepada pengantin perempuan. Kami mendengar pantun bagi pihak perempuan, kami hanya membalas dgn percakapan sahaja. Selepas itu mereka memperkenal kan tok kadi.

Dalam beberapa minit, upacara akad nikah pon berlangsung. Amy dan adik beradik merakam kan detik manis dan berbahagia. Apabila tok kadi melafazkan akad nikah, abang kami menjawab dengan sekali lafaz akadnya. Akhirnya mereka berdua sah menjadi suami isteri. Ketika tok kadi menyatakan sah, hati amy terdetik teringin ku mau berkahwin suatu hari nanti. Dan dapat kah amy melakukannya macam yang abang ku lakukan.

Selepas upacara tersebut, kami pon bergerak ke dewan kembali, dan makan makanan yang di hidang. Lepas tu dipersembahkan persembahan adat kaum Bajau iaitu “mengalai”. Selepas itu kami pulang ke hotel. Pukul 7.30 malam pula ade persandingan mempelai. Kami berada di sana sampai pukul 10.30 malam dan pulang ke hotel. Akhirnya upacara tersebut berjalan dengan lancar.

Sunday, October 2, 2011

Kunak Part 1

Hye, semalam kami membuat rombongan pergi ke Sabah untuk menghadiri upacara perkahwinan julung kali bagi keluarga kami, Abang saya akan melangsungkan perkahwinannya pada esok nya 1 Oktober 2011.

Amy dan Papa menghantar abang Jojo ke airport terlebih dahulu kerana masa penerbangannya awal daripada kami pukul 3.30 ptg. Tetapi terpaksa di tunda pada pukul 4.45 ptg atas sebab teknikal. Abang jojo membawa barang hantaran sekali untuk memudahkan perjalanan tersebut.
Selepas menghantar abang jojo, kami bergerak pulang untuk menyediakan barang yang perlu di bawa ke sana. Masa penerbangan kami pada pukul 6.45 ptg AK-5156 ke Tawau. Kami pun bertolak daripada rumah pukul 4 lebih untuk ke LCCT.

Sampainya di LCCT kami terus chek-in untuk terus ke balai perlepasan. Tetapi masa penerbangan kami ditunda selama 20 minit. Kami lepak di sebuah café menunggu masuk ke kapal terbang. Terdengar announcement flight ke tawau di P8 kami pun bergegas dan masuk ke kapal terbang tersebut.

Kami berada di dalam plane, masa perjalan dari LCCT-Terminal Tawau mengambil masa selama 2 jam 40 minit. Teruja jugak naik kapal terbang buat ke 2 kalinya. Dahulu amy pergi ke Ho Chi Minh mengambil masa 1 jam lebih. Tapi pergi ke Sabah perlu melintasi laut cina selatan,Sarawak baru sampai sabah. Mengambil masa yang agak lama.

Kapal Terbang Kami berlepas pada pukul 7.10 malam dan sampai ke Terminal Tawau pada pukul 10 malam. Sampai nya disana, kami berjumpe ngan abang jojo bersama Mira dan ahli keluarga bakal mertua.Kami menaiki 4wd @ hilux dan bergerak ke destinasi ke Kunak. Ia mengambil masa selama 45 minit.

Kami ingatkan mereka hantar kami ke tempat penginapan, tetapi mereka membawa kami di Dewan Mini Kunak, tempatnya dua mempelai akan bersanding keesokan hari. Kami di persembahkan tarian tradisional Kaum Bajau iaitu “ Mengalai”. Menarik perhatian Amy ade seorang nenek berusia lingkungan 90 tahun begitu asyik menari mengiringi music tradisional.

Kami sempat merakam aksi nenek tersebut.
Selepas melihat upacara tersebut, kami pun di perkenal kan oleh bakal besan dengan Ketua Daerah Kunak, dan ade sedikit jamuan untuk kedatangan kami disana. Berakhirnya makan-makan, mereka membawa pengantin lelaki dan pengapit di sebuah rumah. Dan menghantar kami di sebuah hotel untuk kami menginap selama 2 malam 2 hari. Hotel tersebut adalah Mostyn Hotel. Kami pon berehat untuk menunggu hari yang penting esok nya…..