Monday, October 3, 2011

Kunak Part 2

1 Oktober 2011

Hari pertama di Kunak. Kami bangun pagi pada pukul 6.30 pg, selalu kalau jam begitu di semenanjung gelap lagi, tapi di Sabah terang macam pukul 7 pagi waktu semenanjung. Amy ingat kan kene gi rumah pengantin pukul 7.30 pagi rupe2 nya pukul 8.30 pagi.

Tak nak membazirkan masa di sana, kami pergi sarapan di area berdekatan dengan hotel kami. Nama restoran tu ada “Toko Aminah”. Amy order Teh Nai Peng (Teh Ais) dan Nasi Goreng kot.. lupe la. Hahaaha.. Lepas tu kami pon pulang ke hotel.

Selepas breakfirst, mama hendak menyiapkan barang hantaran yang belum lengkap. Kami pula menyiapkan pakaian masing. Kami berangkat ke sana dalam pukul 12.30 tgh hari. Kenderaan telah di sediakan oleh pihak pengantin perempuan. Barang2 hantaran di letakkan di tempat yang selamat untuk di bawa ke “rumah” pengantin lelaki.

Selepas itu kami di bawa ke dewan untuk majlis2 makan2. Selepas makan kami di bawa ke rumah pengantin lelaki semula. Papa dan mama berbincang ngan tok imam dan saudara mara belah pengantin perempuan ttg mas kahwin dan sebagainya. Selepas itu pada pukul 2 ptg kami bergerak bersama rombongan pengantin lelaki ke surau untuk upacara akad nikah.

Setibanya rombongan pengantin lelaki bersama membawa 9 dulang hantaran kepada pengantin perempuan. Kami mendengar pantun bagi pihak perempuan, kami hanya membalas dgn percakapan sahaja. Selepas itu mereka memperkenal kan tok kadi.

Dalam beberapa minit, upacara akad nikah pon berlangsung. Amy dan adik beradik merakam kan detik manis dan berbahagia. Apabila tok kadi melafazkan akad nikah, abang kami menjawab dengan sekali lafaz akadnya. Akhirnya mereka berdua sah menjadi suami isteri. Ketika tok kadi menyatakan sah, hati amy terdetik teringin ku mau berkahwin suatu hari nanti. Dan dapat kah amy melakukannya macam yang abang ku lakukan.

Selepas upacara tersebut, kami pon bergerak ke dewan kembali, dan makan makanan yang di hidang. Lepas tu dipersembahkan persembahan adat kaum Bajau iaitu “mengalai”. Selepas itu kami pulang ke hotel. Pukul 7.30 malam pula ade persandingan mempelai. Kami berada di sana sampai pukul 10.30 malam dan pulang ke hotel. Akhirnya upacara tersebut berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment