Sunday, October 2, 2011

Kunak Part 1

Hye, semalam kami membuat rombongan pergi ke Sabah untuk menghadiri upacara perkahwinan julung kali bagi keluarga kami, Abang saya akan melangsungkan perkahwinannya pada esok nya 1 Oktober 2011.

Amy dan Papa menghantar abang Jojo ke airport terlebih dahulu kerana masa penerbangannya awal daripada kami pukul 3.30 ptg. Tetapi terpaksa di tunda pada pukul 4.45 ptg atas sebab teknikal. Abang jojo membawa barang hantaran sekali untuk memudahkan perjalanan tersebut.
Selepas menghantar abang jojo, kami bergerak pulang untuk menyediakan barang yang perlu di bawa ke sana. Masa penerbangan kami pada pukul 6.45 ptg AK-5156 ke Tawau. Kami pun bertolak daripada rumah pukul 4 lebih untuk ke LCCT.

Sampainya di LCCT kami terus chek-in untuk terus ke balai perlepasan. Tetapi masa penerbangan kami ditunda selama 20 minit. Kami lepak di sebuah café menunggu masuk ke kapal terbang. Terdengar announcement flight ke tawau di P8 kami pun bergegas dan masuk ke kapal terbang tersebut.

Kami berada di dalam plane, masa perjalan dari LCCT-Terminal Tawau mengambil masa selama 2 jam 40 minit. Teruja jugak naik kapal terbang buat ke 2 kalinya. Dahulu amy pergi ke Ho Chi Minh mengambil masa 1 jam lebih. Tapi pergi ke Sabah perlu melintasi laut cina selatan,Sarawak baru sampai sabah. Mengambil masa yang agak lama.

Kapal Terbang Kami berlepas pada pukul 7.10 malam dan sampai ke Terminal Tawau pada pukul 10 malam. Sampai nya disana, kami berjumpe ngan abang jojo bersama Mira dan ahli keluarga bakal mertua.Kami menaiki 4wd @ hilux dan bergerak ke destinasi ke Kunak. Ia mengambil masa selama 45 minit.

Kami ingatkan mereka hantar kami ke tempat penginapan, tetapi mereka membawa kami di Dewan Mini Kunak, tempatnya dua mempelai akan bersanding keesokan hari. Kami di persembahkan tarian tradisional Kaum Bajau iaitu “ Mengalai”. Menarik perhatian Amy ade seorang nenek berusia lingkungan 90 tahun begitu asyik menari mengiringi music tradisional.

Kami sempat merakam aksi nenek tersebut.
Selepas melihat upacara tersebut, kami pun di perkenal kan oleh bakal besan dengan Ketua Daerah Kunak, dan ade sedikit jamuan untuk kedatangan kami disana. Berakhirnya makan-makan, mereka membawa pengantin lelaki dan pengapit di sebuah rumah. Dan menghantar kami di sebuah hotel untuk kami menginap selama 2 malam 2 hari. Hotel tersebut adalah Mostyn Hotel. Kami pon berehat untuk menunggu hari yang penting esok nya…..

No comments:

Post a Comment