Sunday, November 27, 2011

Malaysia vs Bahrain


MALAYSIA 2-3 BAHRAIN

dah leading 2-0 bahrain men 10 orang pon malaysia tak boleh menang jugak. walaupun amy peminat harimau malaya, "tanah tumpah darahku" tetap berada didalam darah amy yang mengalir di tubuh ini. dengan semangat dan harapan amy sebagai penyokong supaya Malaysia layak ke Olimpik 2012 pada mulanya berkobar-kobar tetapi apabila game yang di kuasai oleh pasukan bahrain dengan kerapuhan benteng yang pada mulanya teguh mengekang asakan pasukan lawan tiba-tiba di bolosi 3.

pada awalnya Malaysia menjaringkan gol melalui goal superb nazmi faiz pada babak pertama. dan pada masa kedua mahali menjaringkan unbeliveable goal untuk pasukan Malaysia mendahului. pasukan bahrain bermain 10 orang apabila salah seorang pemain mereka di kenakan kad merah apabila melakukan terjahan keras kepada pemain malaysia. di minit ke 80, pemain malaysia tiba-tiba hilang arah dan tekanan mungkin salah satu puncanya dan mungkin pemilihan player simpanan yang kurang pengalaman atau tiada keyakinan diri, keserasian 1st team dan reserve team tidak berkomunikasi dengan baik menyebabkan pasukan bahrain mengambil kesempatan tersebut.

Selepas game tersebut, Ong Kim Swee perlu membuat "post mortem" terhadap team Malaysia. saya sebahagian penyokong Malaysia amat berharap kualiti permainan Malaysia dipertingkat lagi..


Pendapat Amy:

Goal Keeper:
Khairul Fahmi menjalankan tugasnya dengan baik sekali mengawal gawang.

Defender:

Pada Awalnya pertahan Malaysia mengawal benteng sangat dengan cemerlang. minit ke-80 mereka longgar mengawal pihak lawan. dan salah satu punca Muslim tidak beraksi game tersebut.

Midfield:

beraksi baik. tetapi irfan terhincut-hincut di padang, dan tidak di tukarkan. Sebaliknya nazmi ditukarkan dan hafizi. pasukan bahrain membuat serangan balas yang pantas. subtitute (wan zack haikal- syarul azwari, nazmi-danial farris dan irfan-shukor) tidak memberi impak terhadap team malaysia.

Striker:

Thamil Arasu tidak memberikan impak sebagai seorang penyerang berbisa.




No comments:

Post a Comment